TERKINI



Thursday 18 September 2003

Pengenalan

Motto

Masyarakat Sepakat Membawa Berkat


Sejarah Penubuhan


Persatuan Masyarakat Islam Coventry atau nama singkatannya PMIC telah diwujudkan sejak tahun 1993. Ia ditubuhkan atas dasar mengeratkan hubungan masyarakat dan menjaga kebajikan masyarakat Malaysia yang menuntut di Coventry terutamanya yang beragama Islam.

Atas dasar keperihatinan tersebut banyak masalah dapat diselesaikan melalui permuafakatan yang dibentuk. Ini termasuklah mengadakan majlis perjumpaan ahli, majlis berbuka puasa, majlis tahlil dan tazkirah, majlis hari raya dan menyediakan kemudahan pembelajaran anak-anak ahli melalui penubuhan Madrasatul Al-HIdayah PMIC.

Kini amalan dan tradisi PMIC masih dapat dikekalkan sehinggalah pada sesi 2004/2005 atas inisiatif Jawatankuasa Induk yang telah dipilih membuat perubahan positif memberi nafas baru memperbaiki struktur organisasi ahli jawatankuasa dan aktiviti dan dipanggil sebagai Malaysian Coventry Society atau MCS. Ini selaras dengan wujudnya bilangan ahli-ahli yang bukan beragama Islam berminat untuk menganggotai persatuan termasuklah rakyat Malaysia yang menetap di UK dan beberapa rakyat UK yang pernah berkhidmat dan menetap di Malaysia.

Objektif Persatuan



* Mewujudkan Masyarakat Malaysia yang penyayang

* Melaksanakan khidmat kebajikan antara ahli masyarakat

* Memupuk semangat Ukhwah dikalangan ahli

* Perjumpaan untuk perbincangan perkembangan pelajaran

* Membantu para pelajar baru dan keluarga di Coventry

* Masalah keluarga, kesihatan dan kebajikan anak-anak Malaysia

0 comments: