Makluman Sekolah Hidayah - 17/06/2013
17/06/2013
Sebagai
makluman, pihak Sekolah Hidayah buat masa ini dalam proses perbincangan
bersama tenaga pengajar dan masih mencari/mendapatkan pengesahan tempat
pembelajaran anak2.
Dalam memastikan anak2 mendapat manfaat
dari sekolah ini, saya mengalu-alukan sebarang pendapat/pandangan yang
difikirkan sesuai untuk dijadikan sebagai bahan pengajaran/ilmu (tidak
dikhususkan kepada agama sahaja) dan seumpamanya kepada anak2.
InsyaAllah semua input2 ini akan dibincangkan bersama pihak tenaga
pengajar seterusnya boleh dimuktamadkan sebagai 'silibus' Sekolah
Hidayah tahun 2013/14. Sebagai contoh;
1. Meneruskan pengajaran berkaitan solat seperti sebelumnya.
2. Asas-asas fardu ain:
a) Fiqh (e.g. bersuci, solat. puasa dll)
b) Tauhid (e.g. Rukun Islam, Rukun Islam)
c) Ahklaq (adab2 dengan ibu/bapa/guru)
d) Sirah (Kisah2 tauladan dari Nabi2)
3. Asas tajwid.
4. Nasyid/Qasidah.
5. Bahasa Malaysia.
6. .. sila tambah :)
Terima kasih.
0 comments: