TERKINI



Wednesday 17 September 2008

Penempatan di Coventry

Selamat datang kepada bakal warga Coventry, United Kingdom! Kami di sini sangat mengalu-alukan kedatangan tuan/puan. Untuk makluman tuan/puan, kami di Coventry pada dasarnya tidak menawarkan perkhidmatan 'host' kepada bakal warga Coventry. Oleh yang demikian, berikut adalah sedikit sebanyak tips-tips yang boleh digunakan untuk mencari penempatan di kawasan Coventry.

Penempatan dalam kampus:

Bagi penempatan dalam kampus, berikut adalah pautan kepada laman web bagi University of Warwick, dan Coventry University:

University of Warwick
Coventry University



Penempatan luar kampus:

Bagi tuan/puan yang mahu menyewa di luar kawasan kampus, berikut adalah sedikit sebanyak tips yang boleh diikuti:

Sebelum bertolak ke Coventry:

Adalah dinasihatkan kepada sesiapa yang mahu mencari penempatan di kawasan Coventry, untuk membuat tinjauan secara 'online' sebelum tiba di sini. Terdapat beberapa laman web yang menawarkan perkhidmatan ini. Berikut adalah pautan kepada laman web berkenaan:

Rightmove
Zoopla

Jika anda memilih untuk tinggal di luar kampus, terdapat beberapa kawasan yang popular dikalangan masyarakat Malaysia.

1. CV4 -Tile Hill, Canley & Cannon Park
Ianya terletak berhampiran dengan University of Warwick. Sewa rumah di kawasan ini agak mahal di antara £500 - £700 bergantung kepada jumlah bilik dan perkakasan rumah. Untuk ke University of Warwick, anda boleh berjalan kaki ataupun menaiki basikal. Kawasan ini sekarang menjadi popular di kalangan masyarakat Malaysia. Terdapat 2 pasar raya yang agak besar di kawasan ini iaitu Tesco, Cannon Park dan Sainsburry's Tile Hill. Daging ayam halal boleh didapati di Tesco Cannon Park.


2. CV5 - Ealsdon, Coundon, Chapel Fields
Terletak agak jauh dari Universiti of Warwick dan University of Coventry, tetapi popular di kalangan pelajar universiti. Terdapat perkhidmatan bas terus ke University of Warwick dan University of Coventry. Kebanyakan rumah sewa di sini adalah dikhususkan kepada pelajar sahaja. Sewa rumah di kawasan ini di sekitar £300 - £800 bergantung kepada jumlah bilik. Untuk membeli barangan runcit, anda boleh ke Morissons yang terletak di Holyhead Road.

3. CV6 - Foreshill, Stoney Stanton
Kawasan ini pernah menjadi popular di kalangan pelajar Malaysia kerana sewanya yang agak murah dan terdapat banyak kedai-kedai yang menjual daging dan barangan halal dan juga asia.
Sewanya adalah dalam lingkungan £400 - £500. Ianya berhampiran dengan University of Coventry tetapi jauh dari University of Warwick (20-30 minit dengan menaiki kereta). Terdapat pasar raya yang besar terletak berhampiran kawasan ini (Tesco Arena).



Terdapat 2 cara untuk mendapatkan rumah sewa iaitu melalui agen ataupun orang persendirian.

1. Agen Sewa

Anda boleh melayari laman Rightmove dan/atau Zoopla, dan masukkan poskod seperti di atas atau pun terus ke agen-agen yang banyak terdapat di New Union Street.

Proses menyewa rumah melalui agen adalah seperti berikut:-
  • Sila "short-list" semua rumah yang sesuai dengan budget dan kriteria.
  • Buat Appointment dengan Agen rumah.
  • Semasa menilai/memeriksa rumah yang anda berminat, pastikan anda bertanya kepada agen tarikh rumah itu boleh diduduki dan cuba minta sewanya dikurangkan sebanyak £25 - £50.
  • Jika anda telah membuat keputusan, sila isi borang dan kembalikanya ke agen.
  • Agen akan mengenakan caj(antara £100 - £200) untuk memproses borang anda. Anda juga diminta untuk memberi salinan "financial Affidavit" daripada penganjur dan penyata bank di UK. Proses ini akan mengambil masa antara 1 minggu - 3 minggu bergantung kepada keadaan.
  • Setelah proses di atas selesai, anda dikehendaki untuk mengisi Surat Perjanjian. Kosnya bergantung antara £100 - £200. Anda dikehendaki untuk meberi salinan passport suami/isteri dan membuat direct debit bagi sewa bulanan. Kunci akan diserahkan kepada anda setelah rumah sedia untuk diduduki.

Proses ini dari "short-listing" hingga mendapat kunci mengambil masa lebih kurang 2 hingga 4 minggu. Anda di kehendaki untuk membuka akaun bank secepat yang mungkin untuk mempercepatkan proses ini.

Jumlah yang anda perlu bayar adalah "processing fee" + "agreement" + "sewa rumah 1bulan" + "deposit 1 bulan - 2 bulan". Jumlah yang perlu ada ditangan bagi rumah sewa pda kadar £550 sebulan adalah £1500 - £2000. (Jumlah ini adalah anggaran sahaja. Jumlah sebenar tertakluk kepada persetujuan agen. TERKINI: Kebanyakan keluarga yang sampai sejak kebelakangan ini perlu membuat deposit di antara 2 hingga - 4 bulan, sila sediakan wan secukupnya. Kalau boleh, berbincang dengan agen jika deposit terlalu membebankan)

Kontrak sewa adalah 6/12 bulan sekali dan akan dibuat semula setiap kali kontrak tamat (melibatkan kos perjanjian sahaja).

2. Orang Persendirian

Terdapat beberapa cara untuk mencari rumah sewa daripada orang persendirian iaitu melalui iklan-iklan di suratkhabar, internet seperti http://www.gumtree.co.uk/, iklan-iklan di papan kenyataan Universiti dan lain-lain.

Cara ini adalah lebih mudah dan murah tetapi mempunyai risiko-risiko tertentu.
Anda cuma perlu membayar sewa untuk bulan pertama dan deposit sahaja. Rumah juga boleh dimasuki jika ianya telah kosong dan sedia untuk di duduki.

Antara risiko-risikonya ialah
  • Keadaaan rumah yang tidak bersih dan usang.
  • Jika ada kerosakan pada rumah dan perkakasan, tuan rumah tidak akan membaikinya.
  • Jika anda ingin pindah dari rumah tersebut, tuan rumah akan memberi pelbagai alasan untuk tidak memulangkan deposit anda.

Risiko-risiko di atas adalah panduan sahaja.
  • Untuk mengelakkan perkara ini terjadi, pilih rumah yang sesuai dengan selera anda.
  • Ajukan soalan-soalan yang anda kurang jelas ketika temujanji.
  • Senaraikan semua perkakasan di dalam rumah dan kerosakannya. Ambil gambar dan dokumenkannya.


PERHATIAN:

Jika anda khuatir rumah yang hendak disewa itu tidak akan dapat diduduki secepat mungkin, ada beberapa pilihan untuk mendapatkan penempatan sementara:

  • Menyewa bilik di salam sebuah 'shared-house' yang dimiliki oleh Junita Tan (warga Singapura). Beliau boleh dihubungi menerusi emel berikut: junitatan@gmail.com
  • Menyewa bilik di hotel berdekatan Coventry City Centre.
Jika anda mempunyai keluarga yang besar, dan belum lagi mempunyai rumah sewa pada hari dijangkakan tiba, anda adalah dinasihatkan untuk datang seorang dulu bagi mengelakkan kesulitan yang bakal timbul.

1 comment :